Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya. Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya. Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.

Gerakan Hati Membawa Ke Sini

Qurratu’ Ain

Qurratu’ Ain
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan:74)

Web

Kitab

Pilihan

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Pimpinla aku menuju redhaNya,

Bukan membuka jalan untukku,

Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,

Pandanglah aku dengan kekuranganku,

Nilai kembali niatmu,

Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,

Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,

Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,

Kepada yg menentukan,

Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,

Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,

Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,

Menjadi permaisuri hati,

Ketahuilah,

Tidak ku pinta kemewahan dunia,

Tidak ku mahu kaya harta,

Tetapi aku minta,

Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,

Berikan aku jaminan,

Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,

Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,

Ketahui la,

Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,

Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”

Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~



Balasan Orang Mukmin Di Syurga

Allah SWT berfirman : Maksudnya : "Wahai Para hamba -Ku, Tiada Kekhuatiran atas kamu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati. (iaitu) orang orang yang beriman kepada ayat -ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang yang berserah diri. Masuklah kedalam syurga ; kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. Diedarkan kepada mereka piring-piring daripada emas dan piala-piala, dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang di ingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalam nya." (surah al -Zukhruf 43 :68 - 71) Al Bukari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
" Allah berfirman yang bermaksud: Maksudnya : "Aku telah sediakan bagi para hamba - Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlintas oleh mata, belum pernah di dengar oleh telinga, dan belum pernah terbit dalam hati manusia. Silakan kamu membaca firman Allah ( Surah Al Sajadah 32: 17): Seorang pun tidak mengetahui apa yang di semnbunyikan untuk mereka iaitu (bermacam- macam)nikmat yang menyedapkan pandangan mata..." (Riwayat Al Bukhari no 3244 dan Muslim no 2824)

detik waktu

bismillahirrahmannirahim

inilah jalanku
badai dugaan
akan diredahi
doa,usaha yang bersungguh dan tawakkal pada Nya
amanah untuk diri sendiri
hadapi dengan sebaik mungkin
0800/06032012

notes to myself

bismillahirrahmanirrahim...

Allah yang Maha Mengetahui..
Apabila teguran dan dakwah yang kita sendiri sebarkan pada orang di sekeliling berbalik kembali pada diri sendiri...

Sedarkah kamu itu sudah melampaui batas~~~!!!

Jangan nanti samapai waktu, sudah terhantuk baru nak terngadah .... Jadilah contoh yang baik..

BAik pada insan lain....

Amalmu yang Allah lihat bukan pada rupa paras kalian..

Bukan di sebalik kesoleh dan kesolehan..

Jangan jadi toleh wa tolehah :(
01 16 am - 28 02 2012

Taysirul Alhal...





bismillahirrahmanniraheem :)

Semoga pilihan memilih institut pengajian ini dipermudahkan...

Allah..Dengarkan dan makbulkan permohonan ku untuk mendapat tempat dalam jurusan AlQuran Alkarim ..Semoga tidak ku sia-siakan waktu waktu ku dalam jihad menuntut ilmu..

Dekatkan lah aku dengan kalamullah yang suci..moga aku dapat teruskan impian ku..
Mak abah redhailah anak mu ini dalam perjalanan ini..

Sungguh, Tiada daya dan upaya tanpa Kekuasaan Mu..Ya ILahi

Moga REZEKI berpihak pada ku dan kawan kawan seperjuangan dengan pilihan mereka... ameen