لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الأخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا Demi sesungguhnya, telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (redha dan rahmah) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta yang banyak mengingati Allah. [Al-Ahzab: 21]
Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya.
Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.
Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.