Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya. Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya. Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.

Gerakan Hati Membawa Ke Sini

Qurratu’ Ain

Qurratu’ Ain
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan:74)

Web

Kitab