Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya. Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya. Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.

Gerakan Hati Membawa Ke Sini

Qurratu’ Ain

Qurratu’ Ain
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan:74)

Web

Kitab

Balasan Orang Mukmin Di Syurga

Allah SWT berfirman : Maksudnya : "Wahai Para hamba -Ku, Tiada Kekhuatiran atas kamu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati. (iaitu) orang orang yang beriman kepada ayat -ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang yang berserah diri. Masuklah kedalam syurga ; kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. Diedarkan kepada mereka piring-piring daripada emas dan piala-piala, dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang di ingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalam nya." (surah al -Zukhruf 43 :68 - 71) Al Bukari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
" Allah berfirman yang bermaksud: Maksudnya : "Aku telah sediakan bagi para hamba - Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlintas oleh mata, belum pernah di dengar oleh telinga, dan belum pernah terbit dalam hati manusia. Silakan kamu membaca firman Allah ( Surah Al Sajadah 32: 17): Seorang pun tidak mengetahui apa yang di semnbunyikan untuk mereka iaitu (bermacam- macam)nikmat yang menyedapkan pandangan mata..." (Riwayat Al Bukhari no 3244 dan Muslim no 2824)